Friday, February 4, 2011

Dipersimpangan



tuhan kubisikan kerinduan, keinsafan...
tuhan kubisikan keampunan...
bisikan ku untukmu...
munajatku mohon restu dariMU...
semoga hambamu ini diberikan ketaqwaan dan kekuatan...
ya tuhanku berikan lah aku petunjuk...
memohon cahaya dari mu ya tuhan...
cahaya mu penuh kemuliaan...
cahaya mu penuh dengan kasih sayang...
dalam menempuh dunia yang fana ini...
Engkau tunjukanlah jalan yg diredhai olehMU...
pada desiran penuh syahdu aku memohon kepadaMU...
Engkau yg MAHA AGUNG...

Thursday, February 3, 2011

tiada yang mustahil


setiap perjalanan atau kehidupan pasti ada cabaran...
kerana cabaranlah yang mematang kita...
kerana cabaranlah yang menjadikan kita semakin kuat...
kerana itu cabaran perlu ada dalam kehidupan

langkah disusun dengan penuh semangat...
langkah disusun dengan doa..
langkah disusun dengan usaha...
langkah disusun dengan tawakal...

hadapilah cabaran dengan tenang dan yakin...
hadapilah ia dengan redha...
kerana DIA tahu apa yang terbaik buat hambanya...
DIA juga tahu bahawa hambanya mampu mengharunginya...

berdoalah...
kerana DIA sentiasa bersama hambanya...